Kerabu Sotong ala Thai

9:49 PM


KERABU SOTONG 

Bahan
  • 500 gm sotong sederhana besar 
  • 50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
  • 3 s/b jus limau nipis 
  • 1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
  • 1 s/k gula
  • garam [jika perlu]
  • 2 pokok daun ketumbar [racik kasar]


Bahan Tumbuk
  • 3 tangkai cili api
  • 3 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih


Bahan Mayang
  • 2 kuntum bunga kantan ~ 
  • tomato 
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang timun [kecil]
  • 3 tangkai cili merah

Cara-Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat. 
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya. 
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe