Mee Goreng Mamak Sedap

9:03 PM



RESEPI 1
BAHAN-BAHAN :

  • Mee kuning 1 bungkus
  • Udang sederhana (buang kulit)
  • Bawang Putih(hiris)
  • Bawang Merah(hiris)
  • Kicap cair & pekat
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Cili Boh
  • Tauhu(digoreng dahulu)
  • Kentang(potong dadu & goreng)
  • Taugeh 
  • Daun Kubis
  • Tomato
  • 3 biji telur(pecah & kacau)
  • Fish cake(hiris)
  • Cili(hiris)
  • Serbuk perasa Knorr/Maggi

CARA MEMASAK MEE GORENG

  • Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak. 
  • Then tambah sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap. 
  • Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + daun kubis. 
  • Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati. Lastly masukkan tomato + taugeh + cili. 
  • erasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi + bawang goreng. Siap!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI MEE GORENG MAMAK 2
BAHAN-BAHAN:
  • 2 kg mee kuning
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 4 batang sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 biji tomato (dipotong kecil)
  • 60 gm isi udang dan isi ayam
  • 1 cawan cili boh
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • Sedikit minyak untuk menumis 
Bahan untuk hiasan:
HIASAN:
  • Cili merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi

CARA MEMASAK:

  • Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.
  • Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.
  • Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.
  • Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.
  • Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe