Mee Bakso

6:43 AM




Ingredients:
  • Mee/mihun 
  • 1 kilo tulang rusuk
  • Pentol  (sukalah banyak mana nak taruk)
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas di ketuk
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih 
  • 8 biji sengkuang cina (kalau tak jumpa sengkuang cina janganlah menangis pulak. Ganti je dengan sengkuang biasa 1 biji)
  • 2 bungkus sup bunjut tulang
  • 1 sudu teh lada putih
  • Rempah 4 sekawan secukupnya
  • Daun sup
  • Daun bawang


Additional Ingredients:
  • kobis dihiris halus
  • sambal cili api
  • kicap
  • sili sos
  • daun sup dihiris
  • bawang goreng

Cara-Cara:
  • Rebus tulang.  Banyak air boleh agak sendiri.  Masukkan lengkuas yang dititik.
  • Blend sengkuang, tuang dalam periuk.
  • Masukkan sup bunjut, garam dan sedikit daun sup/bawang
  • Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  • Di kuali lain, panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan yang diblend tadi
  • Masukkan ke dalam air rebusan
  • Masukkan lada putih


Bila nak makan, masukkan mee atau mihun ke dalam mangkuk. Letak hirisan kobis, daun sup, bawang goreng, cili sos, kicap dan cili.  Tuangkan sup ke atasnya. Siap di makan! 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe